Sunday, June 27, 2010


Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sudah menyatakan persetujuan dan menyeru Kerajaan untuk menghidupkan kembali pelan untuk menambahbaik Tambak Johor secepat mungkin. Tuanku bertitah sewaktu merasmikan JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010. Pembinaan jambatan tersebut cukup penting buat rakyat Johor waima Almarhum Sultan Iskandar sendiri adalah pendokong kuat projek penambahbaikan Tambak Johor.

Pembinaan ‘S – Shape Bridge’ yang juga dikenali sebagai ‘Jambatan Bengkok’ yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir telah dilupuskan ( scrapped ) oleh Abdullah Badawi pada 2006 dengan alasan tidak perlu dan di atas permintaan rakyat Johor itu sendiri ! Emmm ....



Tuanku Sultan yakin rakyat Johor cukup gembira dengan siapnya JB Sentral walaupun komponen utama kompleks tersebut, ’Jambatan Bengok’ masih belum terlaksana.

Dalam masa yang sama, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan akan menimbang untuk menghidupkan kembali projek ’Jambatan Bengkok’ bagi menggantikan Tambak Johor yang perlu ditambah baik sejak 2004.

Mungkin Kerajaan mahu meminta pandangan rakyat Malaysia secara keseluruhan terlebih dahulu seperti isu judi bola, sebelum meluluskan kembali pelan membuat ’Jambatan Bengkok’. Walhal majoriti besar rakyat Johor sudah sedia maklum sejak dari zaman Tun Dr Mahathir, memang mahukan pembinaan jambatan tersebut dipercepatkan.


Sebagai Perdana Menteri, beliau pasti sudah menjangka perkara ini akan ditimbulkan kembali. Datuk Seri Najib perlu bijalk di dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

5 comments:

agbr47 said...

Aku tidak fikir PM menahan projek tersebut. Oleh kerana projek itu telah di batalkan oleh kabinet sudah tentu kabinet perlu meluluskan semula. Bagi menjawab pertanyaan spontan sudah tentu kerajaan perlu menimbangkan cadangan tersebut.

agbr47: Yakin dengan kewibawaan Perdana Menteri.

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.

Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.

Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.

Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.

Unknown said...

Kepada Saudara Unit Media Permatang Pauh

Kami amat berbesar hati dengan kesudian pihak tuan untuk 'link' dengan blog kami.

Sebenarnya, kami adalah blog picisan jika dibandingkan dengan blog pihak tuan.

Salam Perjuangan.

CucuAtok said...

Salam tuan tuan sekalian...pernahkeh kita terfikir akan projek yang di tarik balik akan mendatangkan kerugian yang besar....Bukan kerana apa...menurut Mantan PM yang dulu ...itu membazir duit rakyat tapi tak tahu ker berapa banyak kerajaan akan rugi kerana membayar pampasan...
Jadi sekiranya membawa keuntungan kepada negara nescaya projek ini akan bermula semula terutama DYMM Sultan Johor meminta akan di adakan semula projek jambatan tersebut.
Haruslah di ingat titah Sultan bahawa permintaan baginda sebenarnya adalah hasil lawatan Baginda sendiri...nape tak caya ker?
Cuba check akan Kembara Mahkota Johor....
Tul tak????

Anonymous said...

GUA SETUJU CUCUATUK !

CUMA KAUM KAUM PEMBANGKANG YANG MEMBANGKANG TAK PERNAH DIBANGKANG AKAN MEMBANGKANG ISU INI

BETUL TAK ... BETUL !