Thursday, November 25, 2010

Rasional Pakatan Haram ini mahu menjadikan FELDA dan FELCRA sebagai salah satu agenda utama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke2 pada 18 Disember ini patut dipersoalkan. Selain dari mengalih isu peribadi dan parti PKR, Anwar Ibrahim sekali lagi menjadikan Mazlan Aliman sebagai kuda tunggangan untuk menjatuhkan kredibiliti kedua dua agensi kerajaan tersebut.



Mazlan Aliman dipertanggungjawabkan untuk menjadi ‘agen perosak’ FELDA dan FELCRA oleh Anwar Ibrahim yang cekap mengeksploitasi isu yang remeh temeh dan kadangkala tidak ada bukti langsung. Anwar Ibrahim seperti belum serik dengan tindakan saman ke atas Suara Keadilan oleh FELDA sebanyak RM 200 juta.



Mazlan Aliman wajib malu dengan tindak tanduk beliau selama ini. Sepatutnya isu besar seperti Ladang Rakyat Limau Kasturi di Gua Musang sudah membuka mata dan hati beliau betapa secara terang terangan Kerajaan PAS Kelantan menganiaya para peserta dengan sijil palsu tanpa geran tanah.


Begitu juga dengan tindakan Mazlan Aliman yang mensensaikan isu projek agropolitan Pulau Bangi di Kudat Sabah yang bernilai RM 167 juta. Beliau yang mengheret SPRM untuk mendakwa FELCRA atas dakwaan penyelewengan tanpa asas yang kukuh, lebih menonjolkan lagi kebodohan beliau sebagai Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS.


Beliau sepatutnya mempersoalkan kredibiliti Kerajaan PAS Kelantan yang telah menerima 10,500 ekar tanah beserta wang tunai RM 10 juta yang diberikan oleh Pengerusi FELCRA untuk diusahakan. Malangnya tanah pemberian FELCRA terbiar tidak diusahakan tetapi dibangunkan untuk projek perumahan atas nama persendirian.

Moral dan integriti Mazlan Aliman sewajarnya dipersoalkan oleh rakyat. Atas dasar menjadi biawak hidup kepada Anwar Ibrahim dan parti PAS, beliau menutup mata dan memekakkan telinga dari melihat isu yang sudah terbentang dihadapannya.

Persoalannya, sanggupkah Mazlan Aliman mengambil tindakan mahkamah ke atas Kerajaan PAS Kelantan sama seperti yang beliau lakukan kepada FELDA.

Bukankah itu bermaksud Mazlan Aliman sebenarnya pembohong dalam menjuarai isu rakyat dan peneroka FELDA. Beliau sanggup menjadi petualang dan kuda tunggangan Anwar Ibrahim untuk menjahanamkan kredibiliti agensi sgensi kerajaan.


Jadi apakah fungsi sebenar beliau sebagai Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS jika isu sebesar Ladang Rakyat Limau Kasturi dan tanah 10,500 ekar pemberian FELCRA dinafikan haknya.


Mungkin beliau lebih gemar menjadi barua bangsanya sendiri dan merasa dirinya hebat menjadi kuda tunggangan Anwar Ibrahim. Atau sememangnya beliau cukup gemar ditunggang oleh ’abangnya’, Anwar Ibrahim.

Sumber / pautan:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29564:pakatan-rakyat-bahagi-kerusi-selepas-konvensyen&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124



MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: