Saturday, April 23, 2011

Desas desus mengatakan Anwar Ibrahim kini sedang bergerak pantas menuju ke Bumi Kenyalang. Kekalahan pada pilihanraya Sarawak tempoh hari masih lagi terngiang dan perlu ditebus secepat mungkin.

Mungkinkah beliau sekali lagi akan menggunakan nama Yang Di Peruan Agong bagi mencapai modus operandi? Barangkali tidak ... namun tidak mustahil bagi gerakan dan usaha 'lompat parti'! Usaha terakhir Anwar Ibrahim bagi menagih sokongan dan kerusi DUN di Sarawak.

Sekalipun BN Sarawak sudah mulai mengatur saf baru dalam membentuk kabinet kerajaan negeri, Anwar Ibrahim sudah bersedia menabur wang ringgit berjuta nilainya untuk menarik sekelompok ahli BN Sarawak untuk bersama beliau dalam Pakatan Rakyat. Pemergian ke London dan Jepun rupanya untuk mencari dana politik bagi memancing ahli politik BN Sarawak untuk lompat parti! Bukan setakat mahu mengempiskan perut dan mendapatkan replika jam OMEGA!

Dan dikhabarkan beliau sedang mula mengatur suatu perbincangan sulit untuk menarik 28 ahli DUN yang bernaung dibawah BN Sarawak. Majoriti 28 ahli BN Sarawak tersebut adalah dari Iban, Bidayuh dan Dayak.

Langkah terakhir adalah dengan menaburkan berjuta ringgit bagi memastikan operasi 'lompat parti' berjaya dilaksanakan ... kerajaan negeri baru terbentuk.



4 comments:

Anonymous said...

Kan kau dah kata..al Juburi pergi briefing boss2 dia di luar negara..

Bos dia kata..

Ko dengar sini anwar..Kalau ko gagal sekali ni,kami akan hebahkan segala tingkah laku ko dan ingat,kita ada perjanjian..

anwar jawab..Ok Boss.Saya akan buat apa saja untuk mengambil Malaysia dan saya akan serahkan semuanya kepada boss nanti..

hehhehehe

Anonymous said...

Salam sahabat bloger gelombang wangsa maju, terima kasih kerana sudi link blog saya kedalam blog Tuan, jika terdapat kekurangan dan kepincangan dan setiap apa yang saya terbitkan ada cacat celanya silalah beri teguran saya terima dengan hati yang terbuka.

Gempurlah habis-habisan jangan merasa jemu demi menyelamatkan maruah bangsa Melayu, negera Malaysia yang tercinta dan agama Islam yang Allah redho'dunia dan akhirat ini.

Sehingga bersua kembali Assalamualaikum.

Unknown said...

INSYA ALLAH MNORKEMBALAK ... GWM PUN BANYAK KEKURANGANNNYA JUGA!

Anonymous said...

Bongkar...bongkar. Jangan tak bongkar. Bongkar jugak Ketua Pengarah YaPIEM( yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) guna DR (cap ayam). Bongkarkan jugak penyelewengan yang berlaku dalam pengurusannya. Bongkarkan jgk dia pengikut setia Anwar Al Juburi. Kenapa kerajaan tidak melihat semua ini. Kita bongkar dan bongkar biar Musang dalam Reban ayam dapat dikenali.