Thursday, December 1, 2011





KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Dua bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan antara tetamu jemputan yang akan menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jemputan ke majlis itu telah dihantar kepada Dr Mahathir dan Abdullah.

"Kita jangka mereka akan hadir," katanya kepada Bernama di sini hari Rabu.

Perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno. Sejumlah 5,447 perwakilan, terdiri daripada 2,627 perwakilan dari 191 bahagian di seluruh negara, 944 perwakilan Wanita, 942 Pemuda dan 934 Puteri menghadirinya.

Tengku Adnan berkata 74 perwakilan Kelab Umno Luar Negara dan 58 delegasi luar yang mewakili 23 parti politik dari 20 buah negara akan turut hadir pada majlis perasmian itu.

"Kita telah melakukan persiapan rapi untuk perhimpunan ini dan saya yakin program-program yang telah kita rancang akan berjalan dengan lancar," katanya.




2 comments:

Anonymous said...

AlhamdulillahiRobbilAlamin..yang baik tetap baik..

Semoga Allah terus lindungi kita semua, Negara Kita..Pemimpin Kita..Agama kita..Amin!

Anonymous said...

Says cadang tulisan YB Zul Nordin tentang Mei 13 1969, dan peranan LimKitSiang patut di hebah di Perhimpunan ini. Ramai orang muda tak tahu Siapa apek ini sebenar nya. Sila rujuk blog YB Zul. Melayu mesti baca.