Thursday, December 29, 2011






PAS boleh buat dan wujudkan seribu jenis manifesto sekalipun, namun manifesto dan janji manakah yang telah ditunaikan 100 peratus oleh parti tersebut. Okaylah ... downgrade sikit, 50 peratus, 30, 20, 10 peratus?

Belum sempurna satu pun manifesto dan janji, PAS kembali lagi dengan slogan 'Negara Berkebajikan'.



Rakyat sebenarnya perlu membuka mata dengan perjalanan sejarah manifesto ciptaan pas sejak pilihanraya umum 1990 sehinggalah pilihanraya umum tahun 2008. Cukup jika GWM ambil contoh manifesto dan janji kerajaan PAS negeri Kelantan.



Manifesto Dari 1990 - 2008 (Membangun Bersama Islam)

1. Agenda perancangan dan pembangunan negeri berkonsepkan pembangunan insan.

2. Penguruskan sumber hasil bumi e.g. tanah, air dan flora-fauna ke arah memenuhi keperluan semua lapisan rakyat.

3. Menegakkan negara Islam yang berteraskan Perlembagaan Madinah.

4. Melantik wakil masyarakat bukan Islam sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.

5. Melaksanakan skim Amanah Saham Kelantan demi kesejahteraan rakyat.

6. Menubuhkan Suruhanjaya Hisbah bagi menyiasat penyelewengan dalam kerajaan.

7. Menubuhkan Pusat Reka Bentuk bagi meningkatkan nilai komersil dan perdagangan produk budaya dan kraftangan rakyat.

8. Perlaksanaan Undang-undang Hudud dan Qisas yang digubal.

9. Melaksanakan dasar dan peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahan termasuk perundangan, pentadbiran dan kemasyarakatan.

10. Mengamalkan kekuasaan politik untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukannya bertujuan menindas dan mencari kepentingan peribadi atau puak.

11 Menghapuskan amalan pilih kasih, penindasan dan kuasa diktator dalam badan pelaksana (eksekutif) di bidang pemerintahan, pentadbiran dan kemasyarakatan.

12. Menjadikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan perundangan dan kehakiman di negeri ini.

13. Pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan dibuat perlantikan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik) untuk mewakili kumpulan-kumpulan tertentu.

14. Mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan badan hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan.

15. Mewujudkan pentadbiran yang beramanah, bebas dari penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa serta berlaku adil dalam segala perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.

16. Mengkaji ke arah mengurangkan kadar elaun dan keistimewaan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (termasuk Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar) dalam perkara yang munasabah demi menggalakkan kesederhanaan di kalangan pimpinan kerajaan.

18. Menubuhkan satu tabung kewangan perumahan bagi membolehkan kakitangan kerajaan dan orang perseorangan memiliki rumah.

19. Mengkaji semula dari segi pentadbiran dan peraturan-peraturan yang menimbulkan masalah kepada rakyat. Ini melibatkan kadar bayaran cukai pintu, tempat letak kereta, bayaran lesen perniagaan dan iklan dan berbagai cukai kepada peniaga-peniaga.

20. Mengurangkan bayaran lesen ke atas beca roda tiga, bot dan perahu nelayan, kereta-kereta sorong, warung dan gerai-gerai kecil demi menjaga kepentingan rakyat.

21. Mengadakan skim penempatan orang tua yang tidak ada pembelaan di pondok-pondok yang sedia.

22. Mengadakan pusat penempatan bagi anak-anak yatim dan memberi bimbingan khas kepada mereka.

23. Menyusun satu program pemulihan akhlak menyeluruh kepada penagih dadah, pelacur dan golongan mak nyah.

24. Memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih yang berkualiti.

25. Memajukan pengajian Tahfiz Al- Quran yang diiktiraf oleh Universiti Shubra Mesir, Pusat Pengajian Pondok dan Kolej Islam Antara- bangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bagi mendapatkan pengiktirafan Universiti al-Azhar, Mesir.

26. Melantik Penghulu Kaum mewakili masyarakat Cina, India, Siam dan Orang Asli, tanah untuk Orang Asli dan kebebasan dalam amalan beragama dan kebudayaan.

27. Pembinaan keluarga berteraskan konsep Al-Mawaddah (kasih sayang) dan As-Sakinah (ketenangan) melalui pelaksanaan Baitul Al-Mawaddah.

28. Membina pusat usahawan kepada belia dan beliawanis.

29. Membina bandar yang berkonsepkan bandaraya Islam, bandar satelit di Pasir Tumbuh Bandar Baru Dabong dan Bandar Baru Pulai Chondong, pelaksanaan ciri-ciri bandar Islamik ke setiap jajahan dan Gua Musang.

30. Membangunkan industri IKS yang dianggap sebagai penggerak ekonomi moden negeri Kelantan dengan menyediakan bantuan, insentif khas, pengecualian cukai pintu dan khidmat penyampaian.

31. Membangunkan Bandar Baru berkonsepkan ‘bandar untuk semua’; rakyat berpeluang memiliki ekuiti (harta) atas projek yang dimajukan dan bagi yang terlibat dengan pengambilan tanah.

32. Melaksanakan penubuhan Darul Niswah yang merupakan pusat sehenti untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan kemajuan sosio-ekonomi melalui program Cakno Wanita Kelantan.



Secara jujur GWM kata 5 peratus sahaja yang telah ditunaikan sepanjang 21 tahun menjadi peneraju kerajaan di Kelantan, angka 5 peratus ini pun sudah dikira cukup baik ... 21 tahun! 21 tahun janji yang gagal ditunaikan oleh PAS. Mahu menafikannya lagi?

Nah ... sekarang 'Negara Berkebajikan'! ... Berapa puluh tahun pula bakal ditunaikan janji 'Negara Berkebajikan'? 20 tahun? 30 tahun? 50 tahun? 100 tahun? ... PAS Flip Flop!



0 comments: