Wednesday, March 21, 2012




Apa kata kita layan dahulu video klip gelagat ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat semalam ...





GWM ucapkan syabas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang cukup rajin melayan karenah pembangkang sejak mula usul penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung isu kilang nadir bumi Lynas.

Semalam Nazri Aziz menjadi 'playmaker' dan penyelamat maruah BN dalam menjayakan usul PSC Lynas dipersetujui di Parlimen.

Apa perlu diucapkan terima kasih kepada Nazri Aziz? Besar sangatkah jasa beliau di Parlimen semalam? Jawapannya adalah "Ya dan Benar" ...



Semalam ... BN hampir-hampir dimalukan jika Nazri Aziz tidak memainkan peranan besar melayan karenah pembangkang sebelum usul PSC mula dibahaskan di Parlimen.

Kejadian yang hampir sama berlaku kepada ahli Parlimen pembangkang sewaktu usul mengenai Kampung Baru yang diluluskan kerana kehadiran majoriti ahli Parlimen dari BN.

GWM mendapat khabar dari rakan-rakan wartawan, begitu ramai ahli Parlimen BN lewat hadir (ramai juga yang tidak hadir) sewaktu usul PSC berkenaan Lynas sudah mula mahu dibahaskan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang sudah mula memenuhi ruang-ruang kerusi di Dewan Rakyat ... kerusi ahli-ahli Parlimen BN masih lagi banyak yang kosong.

Mahu tidak mahu ... Nazri Aziz terpaksa melengahkan usul perbahasan PSC Lynas ini dengan melayan karenah pembangkang, bertempik dalam dewan sehinggalah ahli-ahli Parlimen BN mula muncul seorang demi seorang.

Apa yang bakal terjadi jika sekiranya usul PSC Lynas ini ditolak semalam akibat kelewatan dan ketidakhadiran ahli-ahli Parlimen BN semalam?



Ini yang terjadi kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang dibalun setengah mati oleh blogger-blogger pro pembangkang akibat tidak hadir di Dewan Rakyat apabila usul mengenai Kampung Baru diluluskan dengan kehadiran majoriti ahli-ahli Parlimen BN.

Nampak gaya sindrom dan penyakit pembangkang sudah mula menular dan berjangkit dikalangan ahli-ahli Parlimen BN ...



Suka cita dimaklumkan kepada ahli-ahli Parlimen BN agar jangan culas dan malas untuk hadir di Dewan Rakyat, apatah lagi membabitkan sesuatu usul untuk dipersetujui dan diluluskan.

Suka cita juga dimaklumkan kepada ahli-ahli Parlimen BN agar jangan makan elaun secara haram kerana gagal hadir di Parlimen dan menyebabkan sesuatu usul gagal untuk diluluskan.

Kalau boleh ... Blogger-blogger pro kerajaan tidak mahu mengikut contoh blogger-blogger pro pembangkang dengan panggilan yang kurang enak didengar.

Seperti dibawah ini ...


Klik DISINI


Klik DISINI



Pesanan kepada ahli-ahli Parlimen BN, tolong jangan makan gaji buta ...




0 comments: